Rebut Pahala Sedekah Kepada Mereka Yang Kekurangan Makanan
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah kerana diberikan peluang untuk berkhidmat kepada manusia lain.
Kami di Bumbung Ehsan mempunyai satu misi. MISI kami adalah untuk membantu orang susah yang dalam keadaan memerlukan.
Alhamdulillah, banyak keluarga yang kurang berkemampuan kita bantu.
Mereka terdiri daripada golongan Asnaf, Warga Emas, Anak Yatim, B40 yang amat memerlukan, dan ramai serba DAIF yang tiada upaya, oku, hanya mengharapkan sumbangan dari orang ramai.
Senarai Kawasan Yang Menerima Bantuan:
Dikemaskini 1 December 2022
1. PPR Laksamana (300 Keluarga Asnaf)
2. Rumah Baitul Hidayah (Fakir Miskin & Asnaf)
3. Maahad Tahfiz Imam Malek, Kampong Jergoh, Pahang
4. Keluarga Daif Di Kampung Padang Jawa, Shah Alam
5. Muslimat Surau Al Falah, Ampang, Selangor
6. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim
7. Rumah Perlindungan Safiyyah, Shah Alam
8. Pusat Khidmat Pemulihan Komuniti
9. Pondok Tahfiz Idrissiah
10. Pusat Kebajikan Anak Yatim Muar
11. Pusat Jagaan Bakti Murni (Warga Emas)
12. Tahfiz Ulul Albab
13. PKPDK Oku Parit Keroma
14. Rumah Titian Ashraful Rohaniah (Warga Emas)
15. SMA Irshadiah, Bagan Datoh, Perak
16. PPR Seri Perlis 2
17. Keluarga Pelajar Di SK Seri Kampung Tengah, Kluang, Johor
18. Pondok Darul Tauhid
19. Pesantren Dar Ed Tauhid Al Salaf
20. 200 Keluarga Daif Di Muar, Johor
21. Madrasah Darul Ulum, Pondok Paya Siput, Pahang
Kebanyakan lokasi bantuan adalah bersifat mingguan & bulanan, hanya segelintir yang bersifat one-off.
PENGIKTIRAFAN, AGIHAN BANTUAN DAN UCAPAN DARI PENERIMA
Sebelum ini, hampir setiap hari kami menghantar bantuan untuk mereka. Tapi sejak kebelakangan ini, orang yang menyumbang sudah berkurangan dan kami terpaksa kurangkan penghantaran.
Saban hari, semakin ramai keluarga datang meminta sumbangan, kerana mereka dalam keadaan terdesak.
Kami tak mampu nak bantu semua kerana sumbangan yang kami terima tak mencukupi untuk bantu semua orang.
Ramai keluarga yang terkesan sekarang ini.
Terlalu banyak Kelebihan Bersedekah yang Allah telah janjikan kepada kita.
Daripada Aisyah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.” (HR. Bukhari, no. 6465 – Hadis Sahih)
Jadikan lah setiap hari adalah hari anda bersedekah, ikhlas kerana Allah Taala. Andai kita malas sedekah, duit dalam beg duit kita akan tetap habis dengan urusan dunia, tapi sedekah kita berkekalan hingga akhirat kelak.
Boleh juga hadiahkan pahala dengan sedekah untuk orang tua kita, tak kira mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Semoga urusan anda setiap hari dipermudahkan dan diluaskan pintu syurga buat kalian.
Taja 1 Keluarga, 1 Ekor Ayam
*Untuk makluman: Sebaik anda menjadi penyumbang, anda akan dikira bersetuju untuk menerima sebarang makluman dan notifikasi terkini mengenai projek yang kami jalankan melalui SMS, email atau whatsap. Jika ingin berhenti menerima sebarang notifikasi dari kami anda boleh SMS ke 60136335977 atau emailkan ke zikry.dairybell@gmail.com