30 Hari 30 Tempat Sedekah

30 Hari 30 Tempat Sedekah

Assalamualaikum semua.


Bulan yang mulia ini, kami ingin membuat satu kelainan yang dapat memberi manfaat kepada semua para penyumbang serta lebih 15,000 jumlah penerima!


Kempen ini digelar "30 Hari 30 Tempat Sedekah".


Bagaimana ia berfungsi? 


Caranya adalah, setiap hari selama 30 hari bulan Ramadan ini kami akan hantar ke 30 tempat yang terpilih.


Tempat tempat ini adalah berdasarkan kajian kami yang mana mereka ini antara yang paling kurang menerima bantuan luar (kebanyakan di sekitar Lembah Klang untuk mudahkan penghantaran).


Saya nak menyumbang harini, tapi macam mana nak tahu sumbangan saya ni akan sampai ke tempat mana ya?


Mudah sahaja. Anda boleh check di telegram kami: https://t.me/bumbungehsanofficial


Contoh anda membuat sumbangan pada hari ke-3 di bulan Ramadan, maka sumbangan anda akan diberikan kepada tempat penghantaran kami yang ke-3 (nama tempat disediakan dalam list).


Menarik, jadi team Bumbung Ehsan akan hantar ke 30 tempat lah bulan puasa ni?


Ya betul. Kami nekad nak bantu tempat tempat pusat jagaan dan madrasah ni, sebab kami tahu betapa mereka dalam kesempitan.


Kalau dikira.. jika seorang sedekah minimum RM3 sehari pun, 30 hari baru RM90 anda keluarkan.


Tapi manfaatnya anda dapat sedekah selama 30 hari di 30 tempat berbeza sepanjang bulan Ramadan ni! 


Itu lah tujuan kami, untuk mudahkan orang ramai membuat amal jariah dalam masa sama mengumpul saham akhirat kami juga.


Semoga kita sama sama mengejar syurga Allah sentiasa, InshaaAllah.



**Caj RM1 tu bayar kepada siapa ya?

Semasa membuat pembayaran, anda akan dikenakan RM1 oleh Toyyibpay. Ia adalah sebuah "payment gateway" yang kami gunakan supaya mudah untuk orang ramai membuat sumbangan online.

Kami sama sekali tidak mengambil wang tersebut.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Bihun 1 Pek [RM3]
Mee Kuning 1 Pek [RM3]
Gula Putih 1kg [RM3]
Sos Cili 1 Botol [RM3]
Biskut Crackers 1 Pek Besar [RM5]
Telur Ayam Segar 10 biji [RM5]
Ikan Segar 500g [RM7]
Ayam Mentah Segar 1 Ekor [RM15]
Sedekah Tunai
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN