UPDATE : AYAM MENTAH TIDAK MENCUKUPI

UPDATE : AYAM MENTAH TIDAK MENCUKUPI

Bismillahirrahmanirrahim.

Bumbung Ehsan memerlukan perhatian daripada rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu menaja sekurang-kurangnya suku ekor ayam mentah buat pusat kebajikan yang amat memerlukan.


Secara ringkasnya, Bumbung Ehsan ditubuhkan untuk menyantuni dan membiayai institusi pendidikan, rumah penjagaan, warga asnaf dan yang berkaitan di mana ianya adalah bersifat berkala dan bukan one-off.


Bantuan yang diberikan adalah memfokuskan kepada bekalan ayam mentah.




Setiap ayam mentah yang Tuan/Puan taja, sedekah ini, akan diberikan kepada  asnaf, rumah warga emas, rumah anak yatim, pusat oku melalui pusat kebajikan. Boleh pantau aktiviti agihan di twitter kami ; @bumbungehsan

Kempen bantuan ayam mentah ini dibuka selepas kami dimaklumkan bahawa ada pusat yang terputus bekalan bahan mentah terutamanya ayam, sehinggakan ada penghuni di pusat kebajikan tersebut berkata pada kami,


Kak, bila saya boleh makan ayam? Saya dah lama tak makan ayam.

Biasanya kami makan nasi berkuahkan kicap sahaja tanpa lauk.

Jika ada datang bagi ayam, barulah kami dapat merasa ayam. Itupun terpaksa potong kecil-kecil untuk bagi semua di sini dapat rasa. Dapat sikit pun jadi la untuk hilang kempunan.

Perasaan kami masa itu, Allah sebak rasa.

Kelegaan mak ayah juga bila dapat bawa balik ayam untuk anak-anak.
Bukan semata kicap dan telur kan seperti kebiasaan.



InsyaAllah daripada 2,000 ekor, sasaran dinaikkan kepada 2,500 ekor atas dasar permintaan yang semakin meningkat.


Dengan harga ayam yang semakin mahal, kita berharap untuk bantu lebih ramai lagi.


Nilai ayam mentah mungkin kecil bagi kita, tapi nilainya besar untuk mereka. Serendah RM 3.75 sahaja untuk bantu 1 keluarga.


Setiap badan kebajikan yang berada di bawah bantuan Bumbung Ehsan juga akan menerima bekalan ayam mentah selama 12 bulan /  1 tahun.

Yang lebih menggembirakan adalah, kami bukan sahaja berikan sekadar ayam biasa.

Malahan ayam yang diberikan mestilah yang besar, berat, gebu dan segar.

Alang-alang nak beri, biarlah kita berikan yang terbaik buat mereka.

Lagipun bukan selalu mereka dapat merasa makan ayam bukan?


Jika dana yang dikumpul tidak mencukupi, mungkin kita tidak akan dapat teruskan agihan ayam mentah kepada asnaf, rumah warga emas, rumah anak yatim, pusat oku yang sedang menantikan ayam mentah.


Selepas bersedekah boleh lihat aktiviti serahan di telegram "Bumbung Ehsan"

https://t.me/bumbungehsanofficial


Kami berdoa agar Allah berikan kekuatan kepada semua penyumbang untuk berpuasa di siang Ramadan & Qiyam di malamnya, dan di akhir Ramadan kita keluar bersama keampunan Allah.



*Untuk makluman: Sebaik anda menjadi penyumbang, anda akan dikira bersetuju untuk menerima sebarang makluman dan notifikasi terkini mengenai projek yang kami jalankan melalui SMS, email atau whatsap. Jika ingin berhenti menerima sebarang notifikasi dari kami anda boleh SMS ke 60136335977 atau emailkan ke zikry.dairybell@gmail.com


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Sedekah Suku Ayam Mentah Segar
Sedekah Separuh Ayam Mentah Segar
Sedekah Seekor Ayam Mentah Segar
Sedekah 2 Ekor Ayam Mentah Segar
Sedekah 3 Ekor Ayam Mentah Segar
Sedekah 4 Ekor Ayam Mentah Segar
Sedekah 5 Ekor Ayam Mentah Segar
Sedekah 10 Ekor Ayam Mentah Segar
Sedekah 30 Ekor Ayam Mentah Segar
Sedekah 50 Ekor Ayam Mentah Segar
Sedekah 1 Minggu Ayam Mentah Segar (70 ekor ayam)
Sedekah 2 Minggu Ayam Mentah Segar (140 ekor ayam)
Sedekah 3 Minggu Ayam Mentah Segar (210 ekor ayam)
Sedekah 1 Bulan Ayam Mentah Segar (280 ekor ayam)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN